Tanggal 17 Januari 2011 lahirlah Aura Kita (AK) ... Apakah AK? apakah tujuan AK? AK adalah satu suara baru di Universiti Sains Malaysia. AK akan membincangkan isu-isu berkaitan Mahasiswa terutamanya di Universiti Sains Malaysia. AK juga adalah medium dalam menyampaikan suara mahasiswa yang seringkali diketepikan untuk dikongsi bersama. Kaedah yang akan digunakan oleh AK dalam mengutarakan suara mahasiswa adalah dengan berada dalam komuniti mahasiswa itu sendiri. Segala yang diperbincangkan oleh mahasiswa akan cuba diketengahkan oleh AK utuk kita kongsi bersama. AK akan sentiasa prihatin akan isu-isu dalam kampus terutamanya isu kebajikan.
Sewajarnya hari ini, suara mahasiswa adalah suara majoriti dalam isu-isu kebajikan kampus. Walaubagaimanapun, realiti yang dapat dilihat, hanya sesetengah pihak yang bersuara. Malahan ada yang cuba mengambil kesempatan di atas kelesuan suara mahasiswa. Sikap mahasiswa yang lesu ini seharusnya diubah, mahasiswa perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam memperjuangkan hak-hak mereka.
Sampai bila mahasiswa harus terus menunggu?? Adakah mahasiswa hanya mahu menerima apa yang diberikan tetapi tidak mahu mencari yang lebih baik?? Diharapkan dengan terwujudnya AK ini, sedikit sebanyak dapat menganjak pemikiran mahasiswa ke satu takuk yang baru.
SUARA MAHASISWA, HAK EKSKLUSIF.